Sunday, January 25, 2015

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN - Now Everyone Can Kurus NECK

Assalammualaikum pembaca blog Bonda Hebat. Bonda Hebat mendokan anda semua sentiasa ceria, positif dan bermotivasi.

Kali ini BH nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk MENURUNKAN BERAT BADAN lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap OBESITI.


Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia. Kesian kan.....

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan cara cepat dan sihat.

1.       Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.      Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula dan garam yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.      Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
4.      Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
5.      Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.      Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
7.      Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
8.      Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh ganti dengan mengamalkan 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9.      Anda boleh menggunakan supplemen untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan dengan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10.   Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lebihkan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11.    Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lebihkan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.



Baru-baru ni ada satu berita baik untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan. Program ini ala-ala program Kevin Zahri. Tapi ni ada pertandingan tau. 

Program Now Every One Can Kurus (NECK) dibuka sekarang. Hubungi Bonda Hebat aka Tun Azah 01137007328
















HAFAZAN AL-QURAN MENDIDIK GENIUS

Assalammualaikum. Bonda Hebat mendoakan pembaca blog sentiasa dimudahkan urusan dunia dan akhirat.


Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....



Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya di sekolah menengah SMKASAS dahulu, guru saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....😍😍😍😍

Jom baca alQuranπŸ‘πŸ‘❤❤

TRAVEL PARIS - HERE I COME!

Paris Gare Du Nord 
Paris here I come!
This is my 1st time travel Paris. Travel on my own. Get there by Eurostar(one of the fastest underground train) from St Pancras London to Paris Gare Du Nord. £69/way.   Online ticket bought 2 months before the date. I catched the 1st train and 2 hours trip make me reached Paris at 9 am. The story of Eurostar. Check this!
in front the hotel @ St Maurice 
Superb view during travelling with Eurostar - I experienced viewing the scenery of cloud just few metres from the ground. SubhanAllah. I planned to stay here for 3 days 2 nights at Etap hotel near St Maurice.

this is my transport to reach the nearest RER station
It is worst nightmare when I arrived here and start communicating with the locals. Nearly wanna cry. Nobody understand me...cause I spoke Bahasa Melayu with slang Perak (one of the state in Malaysia) and they replied with France. I've been advised to avoid speaking in English coz the locals here might not interested to entertain us.
1st time using the RER transportation is definitely headache. However, bet me, I'm pro now.
Back to my journey.... I finally decided to find my way by asking the girl at the ticket counter...intro with France, then continued with British English. Phew! Lucky me they help a lot. However, too much time wasted just bcoz of failure locating the hotel. It is a bit far from the city but still in the zone 3. €39/night.
obsess..!
Picture taken by Arabians lady
After checked in, I have to catch my Eiffle Tower visit at 2.30pm.   Get the ticket earlier by online. €8/ person. Using the RER, the nearest station to Eiffle Tower is the Trocadero station. Went up the Eiffle Tower up to Level 2 and I can view the whole Paris city from there. Awesome! Nice place to visit.
view from 2nd level Eiffle Tower

view from 2nd level Eiffle Tower

wanna view with river cruise.... 




Then, went to Galleries Lafayyette the famous branded stores. Managed to get 3 Longchamp bags. Prices is cheap by 70% compared to KLCC after claiming VAT.


Next day. Visit Notre Dame. No problem for Halal food in Paris. Many halal kebab stalls here. There are also many Pakistanese here. Delicious kebab! Different taste and uniquely done.
this is why I told you, do not need tourist guide
the Pyramid is small....!
From Notre Dame, you can walk to Louvre Museum, Arch de Trompe, Champ Elseyss, Cleopatra Needle, and many more tourist attraction places.  Don't think you need tourist guide with you. It just a straight long road....

long que LV boutique
 without tourist guide, you can save lots your €…..for shopping of course. If you wanna get LV collection, you need to que. Long que and limit to 1 item per visit. Don't think you can enter this luxury boutique if you bring your fake LV....

Elegant



Exclusive

Anything for you?

Trendy

One of the famous frangrance boutique

Chinese make money with their art and skills
This is what they sell......

Paris Police

Arch de Trompe 

 Perfumes? I think better you get it from Heathrow Terminal. It's cheaper.

souvenir for your loves...
You can bargain if you want to get some souvenirs if you walk along arab street.  (can't remember the street name) just nearby Eiffle Tower. Provided you seriously wanted to buy those items. So, must prepare yourself with the bargain techniques.
Paris Mosque @ Gare de Austerlitz
Paris mosque
me in the Paris Moque
Paris Mosque

inside the Paris mosque
Wanna visit Mosque of Paris? Take RER C and stop at Gare de Austerlitz.  The mosque located 1km from the station.     You can find many halal food stalls here.
Halal Kebab Stall menu @ Gare de Austerlitz
Wanna know how much U should budget for your meals? Check this!
Sooo helpful
This is my travelling tools...I mean part of it.
Wanna shop more? Check this out! Similar to London Bicester Village, Paris do offered branded shopping village at La Vallee Village. However, time constraint and I miss that.

London - Bicester Village
Paris - La Vallee Village

KANTIN SEKOLAH ANIAYA PELAJAR


Assalammualaikum. Semoga pembaca blog Bonda Hebat sentiasa ceria, bertenaga dan dikelilingi aura positive.

Tiba-tiba BH teringat isu yang dibincangkan di dalam tv, perihal kantin sekolah. Betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:

1. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

2. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."

3. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

4. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

5. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.

6. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

7. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

8. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

9. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T

10. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan BEKAL MAKANAN.



11. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
12. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

13. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

14. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?

Berikut 6 panduan menyusun menu makan anak :

1. Harus bervariasi

Jenis hidangan berganti-ganti setiap hari, agar anak mendapat pengalaman makan yang kaya, tidak bosan dan mendapat nutrisi lengkap. Menu makan termasuk juga sayur dan buah-buah 

2. Buatan sendiri, lazat dan bersih. 

keuntungan bila kita memasak sendiri adalah bahan makanan lebih terkawal, hidangan lebih sihat dan kebersihan terjaga. 

3. Menghindari penyakit

Berbagai penyakit gaya hidup, menyerang sejak usia muda. Jumlah anak yang menderita obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes saat ini semakin meningkat. Jika anak terlalu banyak makan sumber lemak haiwan (daging lembu, kambing, ayam, mentega dan lain-lain), kadar kolesterol di tubuh akan meningkat, menambah risiko pengerasan pembuluh darah. Meski ikan termasuk haiwan, namun kadar kolesterolnya rendah kerana ikan mengandungi DHA (Docosahexaenoic acid) dan EPA (Eicosapentaenoic acid). 

DHA berfungsi melancarkan aliran darah dan meningkatkan aktiviti otak. EPA lemak ikan yang berfungsi melancarkan aliran darah. Itu sebabnya anak-anak sebaiknya banyak makan ikan, terutama ikan perairan dalam atau blue fish seperti sardin, makarel, tuna, salmon dan lain-lain. 

Penggunaan garam dan gula juga harus dikurangkan untuk menghindarkan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. Sebaliknya, sumber serat seperti rumput laut, sayuran wajib ada dalam menu makanan anak-anak.   

4. Tekstur mudah dikunyah. 

Ini untuk melatih kemampuan mengunyah anak-anak. Mengunyah dengan betul, membantu pertumbuhan dagu dan gigi, mencegah gigi berlubang, mencegah makan berlebihan dan obesiti. Juga, diyakini dapat menstimulasi dan membantu otak bekerja lebih baik.

5. 
Menikmati makanan dengan sopan. 
Tidak sekadar makan, anak harus diajar mematuhi tata tertib makan, agar tidak mengganggu anak lain. Belajar table manner. 

Salah satu cara membuatkan anak tertarik pada makanan adalah dengan melibatkan mereka dalam proses menyiapkan makan tersebut. 

Senangnya makan di sekolah! 


anak kita..harta kita..aset kita..

Bonda HEBAT (BH)

Thursday, January 15, 2015

20 CIRI SUAMI YANG SOLEH DALAM RUMAH TANGGA




As Salam semua. Semoga semua pembaca sentiasa dalam lindungan Allah.

BH terpanggil utk menulis ttg hal rumahtangga ni. Harapnya yg dah juga yang belum berumahtangga dapat manfaat. Iye la...takkan nak tunggu dah kahwin baru nak ambil tahu. Pads BH yang belum kahwin tu juga wajib sedut ilmu rumahtangga. Preparations kan....tak la naya anak orang nanti....hik hik hik...

Ok. Apa tujuan nak kahwin ni? Tujuan utama berumah tangga dalam Islam adalah untuk membina keluarga yang, SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAT.

Sakinah, Mawaddah, Warrahmah, akan dapat terlaksana dengan baik jika masing-masing pasangan dapat melaksanakan tugas dan tanggung jawab menurut kemampuannya masing-masing. Maka rumah tangga akan menjadi sarana untuk menjalin hubungan baik, mendapatkan ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup bahkan akan menjadi SYURGA dalam rumah tangga.




Namun demikian rumah tangga akan bertukar  menjadi NERAKA apabila berlaku konflik rumah tangga. Konflik tersebut datang oleh beberapa faktor di antaranya:

1. Tekanan Ekonomi/ kewangan
2. Latar Belakang Keluarga Yang Berbeza.
3. Persekitaran Rumah.
4. Keegoan dan kesombongan pasangan masing-masing
5. Campur Tangan/Kehadiran Pihak Ketiga.
6. Ketidak Siapan Mental Masing-masing Pasangan dalam membina benteng rumah tangga. Dan banyak lagi faktor yang lainnya.

Broken Home...akibat keretakkan rumahtangga
Paham ke paham? Meh sedut ilmu lagi.....

Secara ringkas BH ingin menjelaskan tentang ciri-ciri suami yang soleh dalam keluarga Islam. Hal ini bertujuan untuk renungan bersama kepada para suami. Dan tugas isteri ialah bantu suami. Sayang suami tak???? Sapa tak sayang suami ooooiiii!

Okeh...continue....

20 ciri-ciri suami yang soleh dalam keluarga Islam secara ringkasnya adalah:

1. Niat yang Baik (Ikhlas) Dalam Berumah Tangga
- Niat untuk membina Keluarga Bahagia Dengan Redha Allah bukan untuk Mendera Mental Isteri Atau menghambakan isteri.

2. Menyambut baik Isterinya.
- Meraikan isteri dengan ucapan salam atau Senyuman Manis Ketika bertemu.

3. Bercakap Dan  Bersikap Dengan Lemah Lembut.
- Jangan bersikap Kasar kepada isteri dengan menengking, membentak serta Mengherdik.

4. Panggilan Yang Mesra.
- Jangan Memanggil Isteri dengan Hanya Menyebut Namanya,  Tapi gunakan Gelaran yang manis seperti Darling, Sayang, Manja dan sebagainya.

5. Bersikap Harmonis Serta Menghiburkan Suasana Rumah Tangga.
- Jangan menambahkan beban.

6. Bersuka Ria dan bersenda gurau
- ketika di rumah,  di meja makan, dalam perjalanan atau suasana yang lain untuk menambah keharmonian keluarga.

7. Saling Membantu Dalam menguruskan Tugas Keluarga.
- Ringankan tugas isteri dgn mengangkat Kain jemuran, sapu sampah, memasak, menjaga anak

8. Bermesyuarat dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi di dalam rumah tangga
- tinggalkan EGO dan SOMBONG Diri dalam memecahkan masalah keluarga.

9. Menghubungkan silaturahim antara keluarga
- ajak isteri menziarahi keluarga suami atau suami membiarkan dan memberi izin kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya.

10. Memberi Pesan kepada Isteri sebelum keluar dari rumah
- meminta Izin atau minta doa dari isteri.

11. Memberi Nafkah harta benda serta keperluan rumah tangga
- mengikut kemampuan suami

12. Berhias diri di depan isteri
- berpakaian sopan dan kemas di hadapan isteri serta bau badan dan bau mulut yang segar dan bukan bau badan dan bau asap rokok di mulut suaminya ketika bercakap dengan isteri

13. Memberi nafkah batin kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing.

14. Saling menjaga hati dan  perasaan pasangan masing-masing
- tidak saling menyakitkan hatinya dengan ucapan atau perbuatan

15. Wajib menjaga rahsia pasangannya
- haram untuk mendedahkannya dan mengaibkanya, meskipun pada orang tua sendiri atau adik beradik sendiri, melainkan untuk meminta nasihat.

16. Mengajar agama dan menasihati pasangannya untuk melaksanakan perintah Allah dan Rasul dan menegur jika terdapat pada pasangannya,  perkara yang melanggar syariat Islam.

17. Bersikap cemburu yang beralasan terhadap isterinya jika melakukan perbuatan yang di rasakan perlu pada teguran yang membina.

18. Bersikap sabar dengan kerenah pasangannya
- jangan mudah melenting dan menengking isteri dengan kalimat yang kesat dan kotor atau dengan maki hamun serta memarahi isteri secara berlebihan.

19. Memuliakan keluarga dan rakan-rakan isteri dengan memberi izin untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan mereka

20. Bersikap sopan santun kepada isteri
- dengan memaafkan kesalahannya,  berlapang dada,  menegur dan menasihatinya.

Macamana? Bila BH baca pun BH rasa bahagianya kalau suami ada semua ciri-ciri ni,......aman rumahtangga.

Kalau dapat suami yang ada semua ciri-ciri tu, bonus kepada si isteri. Kalau ada 10 pun dah kira Alhamdulillah. Isteri perlu bersyukur. Apapun kita perlu ada usaha untuk mencapai kesemua ciri-ciri tu.

Wahai para suami,  jadilah kita pasangan yang terbaik untuk isterinya. Dan jadikan rumah tangga kita adalah syurga bagi kita.

Ya Allah jadikan kami suami yang soleh kepada isteri kami dan jadikan kami ayah yang soleh kepada anak-anak kami. Mudah-mudahan keluarga kami mendapat sakinah mawaddah wa rahmah. Di atas Redho dan Izin dari-Mu.
Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!

BH yakin akan ada kebahagian dalam rumahtangga jika suami dan isteri berusaha untuk kebaikan dan kebajikan bersama. Suka BH cadangkan untuk suami dan isteri sentiasa menjaga kesihatan. Suami dan isteri boleh cuba set kesihatan optimum.





Bila sihat, otak pun cerdas. Bila cerdas, pasti banyak cas-cas positive akan hadir kan....Berminat nak dapatkan set kesihatan diatas? Hubungi BH, SMS/Whatsapp/ Telegram 01137007328

ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH UNTUK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat.
Di Dunia Dan Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn....

Bonda Hebat (BH) - Tun Azah
01137007328
SID : 1166512

NIKMAT SUJUD YANG HILANG - EBOOK NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)!!


Masa BH mengandung, BH seboleh-bolehnya mahu solat macam biasa. Maklumlah bila badan dah berat, perut dah semakin kehadapan, biasanya ibu-ibu mengandung ni akan bersolat secara duduk di kerusi. BH pun kalau dah usia kandungan 8 bulan ke atas, memang dah termengah-mengah juga kalau memaksa diri untuk sujud. Kadang-kadang tu BH tahankan juga sebab BH rasa sujud tu ada satu 'kuasa' magnet. Satu 'kuasa' magnet yang sangat lazat nikmatnya.
Add caption

Bila BH perhatikan warga emas yang bersolat di kerusi, pada anggapan BH mungkin sebab sakit lutut, sakit pinggang, sakit sendi. BH pasti akan terkesan dihati mereka bila nikmat sujud tak dapat lagi dirasai. Sayu bila BH letakkan diri BH jika tidak dapat lagi menikmati kelazatan sujud itu.

Tidak terkecuali BH perhatikan orang yang bersaiz besar solat dengan 'kepayahan'. Perhatikan bagaimana seksanya mereka nak turun untuk sujud, nak duduk tahyat, nak mengangkat badan untuk berdiri kembali. Kesian memang kesian.......Kalau berpanjangan keadaan begitu, BH berpendapat orang-orang yang bersaiz besar ini juga akan turut sama hilang nikmat sujud satu masa nanti.

Obesitas dan Overweight Itu Beda
Add caption

Masa BH menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat baru-baru ni, BH direzekikan unuk bertemu dengan seorang jemputan pangkat bapa saudara yang bersaiz besar hadir berkerusi roda. Umur dalam lingkugan 50-an. Memang terkenal dengan 'pantang' jumpa makanan masa muda-muda. Dan sekarang dah nampak hasilnya....

Bagaimana ye jika nak kemana-mana? Mesti perlukan seseorang untuk menolak kerusi roda. Pakaian sudah tentu perlu tempahan khas apalagi kasut. Apa agak-agaknya ada dalam kotak ubat beliau? Hmmm.... ubat kolestrol, ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat sakit jantung......mau kenyang dengan makan ubat aje sekarang..... 

Overweight atau Obesiti? Apa bezanya?

OVERWEIGHT (kelebihan berat badan)

adalah keadaan di mana berat badan seseorang melebihi berat badan normal.    


OBESITI (kegemukan)

adalah suatu keadaan di mana terjadi penumpukan lemak tubuh yang berlebih, sehingga berat badan seseorang jauh di atas normal dan dapat membahayakan kesihatan. OBESITI memerlukan pembiayaan rawatan yang sangat tinggi.  OBESITI terjadi kerana ketidakseimbangan antara tenaga yang masuk dengan tenaga yang keluar.

Kalau definisi para doktor adalah seperti berikut: 

- Suatu keadaan dimana lemak tubuh berada dalam jumlah yang berlebihan 
- Suatu penyakit kronik yang dapat diubati  
- Suatu penyakit epidemik 
- Suatu keadaan yang berhubungan dengan penyakit-penyakit lain dan dapat menurunkan kualiti hidup 

Justeru itu, BH syorkan segera periksa Body Mass Index (BMI). Sentiasa ambil berat BMI anda sekeluarga. Tegur-tegurlah kalau ada yang nampak bam-bam tu secara berhemah. (Jangan nak sihat sorang-sorang ye..)

EBook NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Dengan kesedaran dan hidayah yang diberi-Nya, BH dan rakan-rakan seperjuangan sangat ingin membantu golongan yang bermasaalah berat badan. 

Suka BH cadangkan sesiapa yang ada masalah berat badan atau ada kenalan yang ada masalah berat badan untuk baca Ebook Now Everyone Can Kurus (NECK).


Ebook ini telah dibaca oleh lebih 20 orang yang terpilih sebagai Preview. Komen mereka, Ebook ini 'SUPERB'.
Seriously ramai yang rasa teruja dengan kualiti ebook ini. Ia ditulis dalam bentuk penceritaan yang santai dan mudah diikuti.

Percayalah, sekali anda terbuka ebook ini. Anda tak boleh berhenti membacanya.

Ketahuilah FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS!! 

Teknik ini terbukti berkesan membantu Firdaus (Pengarang Buku) menurunkan berat badan sebanyak 11.5kg dalam tempoh 100 hari. Teknik ini juga dah bantu BH untuk turun berat badan sebanyak 10kg dalam tempoh 100 hari.


Perubahan dalam tempoh 100 hari.

Sila download ebook ini di :


Ebook ini diberikan secara percuma sebab BH rasa kesian sangat, ramai orang Malaysia gemuk.
Nak kurus, tapi tak tahu caranya. Allah dah bantu BH turunkan berat badan, apa salah BH bantu anda pula.

Lagipun, ilmu Allah ini hanya dipinjamkan kepada BH. Apa salahnya BH kongsikan dengan yang lain. Semoga ia menjadi pencen kubur buat BH.

Sejujurnya, BH tidak ada budget yang besar untuk mempromosikan ebook ini kepada ramai orang.
Jadi, sebab itulah anda perlu bantu BH. Sila click Button SHARE di bawah ini.

Semoga ia memberi manfaat kepada rakan rakan anda yang lain.

BH doakan, "Allah berikan ganjaran syurga tanpa dihisab buat anda yang SHARE status ini. Amin". Sila tekan butang SHARE dibawah.

Selamat Membaca!!



Salam Kurus Dan Sihat,

Bonda Hebat (BH) - Tun Azah Aziz
"Now Everyone Can Kurus"
"Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus"

Feel Free To SHARE This Entri Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat.