Monday, February 23, 2015

INSTANT SHAWL NECKLOFA

Assalammualaikum.
BH doakan, anda yang menziarahi blog Bonda Hebat sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

FESYEN TUDUNG BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA


BH nak kongsi sikit pasal fesyen tudung hari ni. Berubah-ubah fesyen tudung mengikut peredaran zaman. Dulu masa zaman BH sekolah rendah, BH guna tudung fesyen ikat belakang then jerut kat depan dengan brooch. Siapa pernah pakai tudung cenggitu? Cer angkat tangan sikit......

Suci dan terpelihara bila bertudung begini

Sekolah menengah, BH pakai tudung bulat ber'awning'. Mula-mula dulu material nya kain getah yang jahit selapis aje. Tu sbb kena pakai 'awning'. 'Awning' ni kalau tak pakai....akan terjelepek la tudung tu. Maklum aje la....freshie. Nampak macam tak pro la kononnya kalau Tudung tak ada muncung.....eke ke ke.

'Awning' ni ada yang guna kertas, ada yang guna plastik. Perghhh! macam tu sekali nak bagi si pemakai tudung tu cun. Cun ke?

Siapa yang ada bajet lebih, boleh la pegi tukang jahit buat anak tudung yang ada awning guna span. Span lembut tu....macam yang tukang jahit selalu jahit kat bahu baju tu. .Boleh imagine tak?

Dah habis musim anak tudung span, bermula la era tudung bawal, kembung, pari, jelatek.....

Ni la antara fesyen tudung Ariani yang glam suatu masa dulu. 
Lepas tu meletopsss la tudung Ariani. Huish! sapa yang berkemampuan aje yang boleh beli tudung Ariani ni dulu. BH mampu juga masa tu.....mampu lalu depan kedai Ariani aje lah......kih kih kih.

Fareeda pun glam juga..... Tudung Fareeda ni tudung yang bertingkek-tingkek ada brooch beso penampor.....hee he he...

Sekarang ni dah bermacam-macam fesyen tudung yang meletopssss.....


Haaaa....! Fesyen fesyen juga.....Perlu jaga syariat ye....


Ko sanggup cenggini...! Mau tak perasan Ular Kapak main sorok-sorok atas kepala nih.....hi hi hi


INSTANT SHAWL NECKLOFA

BH nak kongsi pasal Instant Shawl Necklofa ni. Kenapa panggil Instant Shawl Necklofa? Sebab memang fesyennya sejibik macam yang Neelofa pakai tu. Saja jelah BH nak bagi nama Shawl tu NECKlofa.... sempena demam program NECK (Now Everyone Can Kurus).....Hik hik hik...Kesah pulak aku!


Mulanya BH tak la berminat sangat. Bila BH teliti material yang digunakan iaitu cotton lycra yang sejuk tu....mula la tangan ni gatal nak mencuba.


Sedap la pulak pakai tudung NECKLOFA ni. Awningnya lembut, boleh guna untuk solat sebab tak ganggu semasa kita nak sujud. Tambahan lagi cuttingnya yang labuh dan adjustable. Bonus kan.....boleh jadi READY SOLAT Tools.


Boleh adjust untuk tutup bawah dagu.


BH menggayakan Instant Shawl Necklofa  C06

MELANCONG DENGAN INSTANT SHAWL NECKLOFA

Bagi yang nak melancong atau ada tugasan di luar negara, BH sangat sangat suggest untuk anda ada koleksi Shawl Necklofa ni sebab tudung ni sangat RINGKAS dan BERGAYA. Memang tak akan menyesal la.

Lupa BH nak bagitau, Instant Shawl Necklofa ni tak perlukan banyak brooch atau pin. Satu dua pin pun dah boleh dapat hasil yang superb. Cubalah!


BAGAIMANA NAK DAPATKAN?

Bagi yang berminat nak cuba INSTANT SHAWL NECKLOFA, boleh hubungi BH 01137007328. Sekiranya anda bank in sebelum jam 10 malam, 27 Februari 2015 ini, BH akan bagi FREE POSTAGE. Tak kisah lah berapa unit yang anda beli.

Cepat! Cepat! Stok terhad.

Bonda Hebat
01137007328

Wednesday, February 18, 2015

TESTIMONI PESERTA NECK SELEPAS 14 HARI

Assalammualaikum.
BH doakan, anda yang menziarahi blog Bonda Hebat sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

BH doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Program Now Everyone Can Kurus (NECK)

Apa benda la....Program NECK ni kan? Untuk pengetahuan anda, program NECK ini adalah satu platform yang disediakan khas untuk rakyat Malaysia menurunkan berat badan dengan cara yang mudah dan terbukti berkesan. Makna kata, program alternatif untuk anda turunkan berat badan.

Program ini program ONLINE coaching sepenuhnya. Amende la pulak tu? Maksudnya, program ni tidak ada sebarang perjumpaan wajib. Program ni guna TELEGRAM, guna YOUTUBE. Kalau nak jumpa pun, atas kemahuan para peserta sahaja. Nak bincang, semuanya dilakukan secara ONLINE.

Para peserta dibimbing melalui Video Tips yang dikongsikan di Youtube dan juga melalui Telegram.



Program ni ada seorang Personal Trainer (PT) yang ditugaskan khas untuk memantau program penurunan berat badan para peserta.


Muka 'ganas'... alaa.....tak la ganas mana.......

So, apa peserta nak kena buat? Tugas para peserta adalah mengikut nasihat yang diberikan oleh trainer dan semuanya dilakukan di rumah masing masing. What? DI RUMAH masing-masing!!!!! Iya, mudahkan? Di rumah pun boleh turunkan berat badan. Caya ke caya? Meh join program ni......PERCAYAlah sebelum anda BERJAYA.

Penurunan Berat Peserta Selepas 14 Hari

Para peserta diwajibkan untuk menimbang berat badan mereka setiap 2 minggu. Kenapa? Sebabnya, nak memastikan kami memantau progress mereka sepanjang 100 hari ini. Sasaran program ni, para peserta akan turun sekitar 10kg hingga 15kg dalam tempoh 100 hari ini.What? 10kg hingga 15kg dalam tempoh 100 hari!!! Again TIPU.

Program ini mengaturkan para peserta :

1) wajib para peserta makan nasi
2) wajib makan 5 kali sehari
3) tidak perlu pergi ke gym.
4) sebarang senaman boleh dilakukan di rumah berdasarkan nasihat daripada trainer.

Tak percaya tak apa....tapi dengan aturan diatas, result yang diperoleh para peserta untuk dua minggu pertama ini sangatlah amazing.

Alhamdulillah. Rata rata, ramai berpuas hati dengan penurunan berat badan mereka. Jom scroll down!

Cikgu Sue - Turun 6kg dalam tempoh 14 hari



Bagi pihak penganjur, BH mendoakan agar mereka semua dapat komited dan istiqamah untuk meneruskan perjuangan mencapai berat badan ideal yang mereka impikan.

Tugas kami hanya menunjukkan jalan kepada mereka, selebihnya terserah kepada mereka. Mereka tentukan berapa kilogram mereka nak turunkan dalam tempoh 100 hari.

Pengambilan Peserta NECK Mac 2015 Bermula

Untuk pengetahuan anda, program NECK berlangsung selama 100 hari. Pemantauan dilakukan 100% secara online.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai program NECK ini. Sila hubungi BH a.k.a. Tun Azah 01137007328.

BH akan terangkan caranya. BH akan bantu.

"Jom Kurus Dari Rumah"

Now Everyone Can Kurus
Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat.

Bonda Hebat a.k.a Tun Azah
01137007328

Thursday, February 12, 2015

PERSEDIAAN UNTUK BERSENAM- Now Everyone Can Kurus NECK

Assalamualaikum,

BH doakan anda yang menziarahi  blog bondahebat.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah menjadikan kita semua seorang jutawan yang bertakwa. Bahagia di dunia dan di akhirat.

Program Now Everyone Can Kurus



BH sekadar berkongsi dengan anda mengenai program yang sedang dijalankan ini, hari ini adalah hari ke 13 para peserta berada dalam program ini. BH adalah salah seorang peserta ya...( nak juga hadiah RM1000)

Sepanjang tempoh 13 hari ini, macam macam yang berlaku. BH dapat melihat sendiri perubahan hidup mereka dalam mengejar impian untuk menurunkan berat badan.

Mereka yang dulu main bantai apa saja yang mereka nak makan, kini dah mula 'memilih' untuk makan makanan yang sihat.

Sejujurnya, kami beri kebebasan kepada peserta untuk makan apa yang mereka inginkan. Cuma kami minta mereka untuk memastikan pengambilan kalori yang mereka ambil bersesuaian dengan apa yang mereka perlukan.

Buat anda yang belum menyertai pertandingan ini, nasihat BH simple. Kalau anda nak turunkan berat badan, cuba elakkan pengambilan makanan yang :


1. Berminyak
2. Bergoreng
3. Bersantan
4. Bergaram
5. Bergula

Bila BH kata elakkan, maksud BH cuba kurangkan atau jauhkan. Sebab 5 makanan ini punca kenapa ramai orang gemuk.

Antara perkara yang menggembirakan hati BH adalah walaupun program ini baru berlangsung dua minggu sudah ada peserta yang bagi feedback sekarang mereka rasa badan mereka lebih fit, rasa lebih ringan dan makin mudah untuk melakukan senaman.

Tak kurang, ada yang dah ditegur oleh orang lain yang nampak mereka macam dah kurus sikit. Ini menambahkan lagi semangat mereka untuk menurunkan berat badan.

Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Peserta Program NECK

Saya sekadar berkongsi dengan anda beberapa kesilapan asas yang para peserta lakukan sepanjang proses mereka untuk mula mengamalkan cara hidup yang sihat.

1. Tidak memakai pakaian sukan yang betul untuk bersenam.

Kebanyakkan peserta yang join adalah mereka yang berbadan besar. Bagi BH simple, salah satu sebab badan mereka jadi besar sebab mereka dahulunya tidak bersenam.

Bila mereka tidak bersenam, mereka tidak tahu cara yang betul.

Antara kesilapan asas yang mereka lakukan adalah tidak memakai pakaian sukan yang betul ketika nak bersenam.

Contohnya, kita galakkan mereka untuk berjogging. Ada yang berjogging atas treadmill di rumah. Malangnya, mereka tidak memakai kasut sukan ketika berlari di atas treadmill.

Tindakan sebegini sebenarnya berbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka.

Kesilapan ini terus ditegur oleh Abang Ketak yang merupakan mentor kepada program penurunan berat badan ini.

Abang Ketak pesan, "Pastikan semua orang memakai pakaian sukan  yang betul walaupun nak bersenam hanya di dalam rumah."

Antara yang dipesan oleh Abang Ketak lagi adalah untuk para peserta memakai knee support.

Seperti yang BH kongsikan, kebanyakan peserta adalah mereka yang berbadan besar. Selama ini mereka sangat kurang bersenam. So, mereka digalakkan untuk menggunakan knee support untuk support lutut mereka semasa bersenam.

Knee Support - Bagus untuk mereka yang berbadan besar nak bersenam untuk jangka masa yang lama.

Yang buat silap sorang dua, tapi bila ditegur dalam satu kumpulan besar, semua orang dapat belajar. Bagi BH inilah kelebihan bila kita buat dalam berjemaah.

2. Tidak buat warming up

Ini kesilapan asas yang ramai orang buat. Mereka dah lama tak bersenam, so bila nak bersenam tu semangat dah tinggi, sheikh sudah mari so bila nak bersenam terus aja bersenam.

Mereka lupa nak buat warming up.

Kesannya, bila mereka bersenam tiba tiba ada peserta yang kaki mereka cramp.

Sebenarnya, kalau sebelum kita bersenam kita WAJIB buat warming up.

Kalau warming up tak penting, takkan para pemain bola sepak buat warming up sebelum mereka bermain. Semua atlet wajib buat warming up sebelum mereka bermain.

So, jangan ambil mudah perkara ini.

Selama ini, otot otot dalam badan kita 'berehat'. Tiba tiba ia 'dikerjakan'. Otot pun boleh jadi terkejut. Sebab itu kita perlu buat warming up untuk otot otot ini bersedia untuk dikerjakan.

BH rasa cukup dulu perkongsian BH dengan anda untuk hari ini. Semoga lebih banyak tips dan perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda nanti.

Jom kita amalkan gaya hidup yang sihat.

Sertai Program Now Everyone Can Kurus Batch Kedua

Anda berminat untuk menyertai program Now Everyone Can Kurus untuk Batch 2?

Kita akan mula ambil pada 1 Mac 2015. Program ini akan berlangsung selama 100 hari.

Sepanjang program ini, kita akan bantu anda untuk belajar cara pengambilan makanan dengan betul, cara bersenam dengan betul, suplemen yang boleh diambil untuk bantu turunkan berat badan dan kita bantu untuk anda kekal bermotivasi sepanjang 100 hari untuk menurunkan berat badan.

Kita ajar mereka untuk mengambil kalori yang betul mengikut kesesuaian mereka. Ilmu ini yang mahal ini. Ilmu ini lah yang BH katakan FORMULA MUDAH MESTI KURUS.

Ada peserta dah bayar RM1000 untuk beli Cambridge product. Tapi tak diberitahu pun formula ini dengan beliau.

Ini bukan formula main main, ia adalah hasil kajian secara saintifik macam mana nak turunkan berat badan oleh para saintis.

Sebahagian dari peserta kongsi apa yang mereka belajar dari group ini.

Best ke best?

Jika selama 100 hari ini, anda akan dipantau pemakanan, senaman dan juga emosi anda untuk memastikan berat badan turun dengan cara yang sangat mudah dan berkesan.

Jika anda nak tahu sedikit sebanyak mengenai program ini, sila baca Ebook Now Everyone Can Kurus.



Sila download di sini : www.noweveryonecankurus.com/tunazah

BH doakan anda kurus dan sihat.

Bonda Hebat
01137007328

Friday, February 6, 2015

PROGRAM NECK MENCETUS REVOLUSI BARU DUNIA OBESITI

Assalammualaikum. BH doakan pembaca blog Bonda Hebat sentiasa dalam lindungan Allah, terpelihara dari kemaksiatan dan didekatkan dengan segala kebaikan.

Huru- haranya hidup BH akhir bulan Januari yang lalu gara-gara Program Now Everyone Can KURUS (NECK). Program yang mencetus revolusi baru ini merupakan program ONLINE COACHING yang memberikan tips-tips menurunkan berat badan, motivasi dari segi kekuatan mental dan fizikal, juga memberi tips senaman dan pemakanan yang betul kepada peserta selama 100 HARI. Bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, peserta juga berpeluang mendapatkan HADIAH LUMAYAN berdasarkan peratusan berat badan yang turun itu. Macam program THE BIGGEST LOSER tu......HEBAT kan program ni!

Satu program yang mencetus revolusi baru dunia OBESITI yang membantu rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang SIHAT.


Bila SIHAT, automatic kita akan KURUS. Bila SIHAT, mudah berIBADAH, mudah juga BANTU orang lain. Itu lah kehebatan SIHAT.

Bermula di awal Januari, team NECK telah memulakan operasi mengedarkan mini eBook Now Everyone Can KURUS secara PERCUMA. Sambutannya memang ohsem! 



BH dan team NECK yang lain turut mengedarkan buku mini Now Everyone Can KURUS di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.







Memang ramai rakyat Malaysia ni OBESITI dan perlukan BANTUAN. BH sangat sedar tentang hal ini sebab itu lah BH rasa terpanggil untuk membantu mereka yang mempunyai masalah BERAT BADAN.

Semenjak dari hari pertama BH mengedarkan link eBook dan buku mini, hidup BH dah berubah 360°.....mujur 'papa gula' BH memahami...

BH dah macam 'sotong' menjawab segala pertanyaan. BH juga membantu untuk mereka yang berminat membuat pendaftaran. Huh! Kekalutan yang sangat OHSEM! 

Sekarang, program NECK Batch 1 dah bermula. Cabaran 100 hari untuk menurunkan berat badan. Peserta memang teruja dan sangat positif mengikut tunjuk ajar trainer program ini, ABANG KETAK. Huii!! Trainer Abang Ketak ni memang padu....macam-macam tips diberikan yang BH sendiri tak pernah terfikir semudah itu untuk menurunkan berat badan.

Bagi yang nak join program ni, insya Allah kita akan buka untuk Batch 2. Dapatkan link eBook Now Everyone Can KURUS di sini.

http://www.noweveryonecankurus.com/tunazah

Contact BH jika nak tahu macamana BH boleh jadi seperti ini. Ni testimoni BH sendiri tau.....


Down betul bila kita gemuk....hu hu hu. Nak tahu cara untuk SIHAT dan KURUS? Hubungi BH melalui Telegram/ WhatsApp/ SMS 01137007328.

Perbezaan UBAT dan SUPPLEMENT

PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN SUPPLEMENT 


Biasanya kalau kita selsema hingga hingus, kita jumpa doktor, doktor akan beri preskripsi clarityne (contoh)
Masa saya masih belajar dulu, kalau tak sihat, saya suka bila doktor beri Clarityne dan Actifed untuk hilangkan hingus dan selsema dalam masa sehari!
Tapi kalau tanya pendapat saya, saya akan cadangkan Vitamin C dan Nutriferon.
Siapa yang betul?

Dua dunia berbeza

Walaupun ubat dan supplement mempunyai rupa fizikal yang lebih kurang sama, iaitu bulat atau lonjong dan berwarna, tetapi perubatan dan nutrisi adalah dua dunia yang berbeza.
Dalam entry ini saya akan menggunakan bahasa mudah difahami, ‘perubatan’ untuk industri ubat farmaseutikal dan ‘supplement’ untuk industri nutrisi.
Jenis-jenis ubat yang ada di pasaran

Dunia perubatan

Dalam perubatan, ubat lebih bersifat merawat sakit.
Ubat mengandungi dadah yang akan bertindak dengan cepat menyerang virus dan mematikan simptom sakit. Biasanya kalau kita demam, ubat berfungsi untuk menurunkan suhu (merawat simptom)
Sebagai contoh untuk penyakit kanser, pembedahan berfungsi untuk membuang sel yang dirosakkan oleh sel kanser.
Kepelbagaian Supplement mengikut keperluan setiap individu
Dunia supplement
Dalam dunia supplement, vitamin dan supplement bersifat mencegah sakit.
Sel badan kita memerlukan vitamin dan nutrisi yang betul untuk menjadi sihat dan bekerja secara efektif.
Sebagai contoh penyakit kanser, supplement berfungsi untuk membetulkan semula DNA sel yang rosak seterusnya membantu mengecutkan saiz kanser. (produk Vivix)

Kualiti produk

Produk Perubatan

Produk perubatan perlu melalui pelbagai saringan ujian klinikal untuk memastikan yang ia sah boleh menyembuhkan penyakit.
Ubat tidak boleh sewenang-wenangnya dijual oleh sesiapa sahaja terutama yang mengandungi dadah terkawal.

Produk Supplement

Produk supplement hanya perlu melalui saringan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan ia boleh dimakan. Kira kalau makan, kita tak pengsan, boleh lulus KKM
Tidak wajib untuk produk supplement menjalani ujian klinikal.
Tapi pihak Shaklee mewajibkan semua produknya menjalani ujian klinikal seperti produk perubatan. Ujian klinikal ini pula dijalankan oleh pihak bukan Shaklee untuk memastikan kualiti terkawal.

Realiti Dunia Kesihatan

Hakikatnya tubuh kita mula tak sihat jika kita kekurangan nutrisi dan zat.
Bila ada lompong nutrisi pada diet pemakanan dan corak pemakanan yang tidak sihat, ia akan menjadi pintu masuk untuk radikal bebas atau virus masuk  ke dalam tubuh dan mula membuat kerosakan (penyakit)
Sebagai contoh, sakit kencing manis berlaku kerana terlalu banyak makan makanan tinggi kandungan gula (karbohidrat) walhal sepatutnya kita kurangkan pemakanan karbohidrat dan lebihkan protien dan serat.
Sebab itu untuk pesakit
Antara pilihan nutrisi yang terdapat di pasaran
darah tinggi, walaupun doktor pakar darah tinggi beri ubat kepada pesakit, pada masa yang sama, doktor pakar tersebut turut akan memberi cadangan makanan harian untuk pesakit tersebut.
Kawal cara makan kita dan jalani gaya hidup yang sihat.

Ubat atau supplement, yang mana satu?

Ia bergantung kepada diri anda sendiri. Ambil ubat tak salah, saya pun ambil ubat jika sakit semakin kronik.
Tetapi adalah lebih baik untuk kita cegah sakit dengan mengambil supplement yang membantu tampung kekurangan nutrisi harian kita.
Mencegah lebih baik dari mengubati, kan? :)

Berminat untuk mendapatkan nasihat terperinci berkenaan supplemen, anda boleh hubungi saya 01137007328 (Bonda HEBAT)