Monday, September 18, 2017



As Salam.

Hari ni Bonda Hebat nak update tentang peluang bagi peniaga-peniaga yang register syarikat samada dah ada atau baru nak setup syarikat. SSM bagi percuma untuk tahun pertama sahaja!
PERCUMA, PERCUMA, PERCUMA!!!
Berita baik untuk PENIAGA SECARA ATAS TALIAN (website/ Facebook Fan Page/ Instagram)!!! Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini sedang mencari entiti syarikat/ perniagaan/ perkongsian liabiliti terhad yang layak untuk menjadi entiti terawal berdaftar dengan produk baharu kami iaitu 'SSM BizTrust' dan ia adalah PERCUMA untuk tahun pertama. Ya, PERCUMA!!!

Apakah SSM BizTrust?
SSM BizTrust merupakan satu piawaian yang ditawarkan secara atas talian oleh SSM kepada entiti syarikat, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad yang menjalankan urusan perniagaan secara atas talian dengan syarat entiti tersebut telah mematuhi ciri-ciri amanah yang telah ditetapkan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.

SSM BizTrust ditawarkan dalam tiga (3) tahap iaitu:
Tahap 1 : Pendaftaran
Tahap 2 : Pendaftaran (Tahap 1) + Keselamatan atau Privasi
Tahap 3 : Pendaftaran (Tahap 1) + Keselamatan dan Privasi

Bagaimana ia berfungsi?
Selepas mendaftar dan memuatnaik logo SSM BizTrust di website anda, pelanggan/ pengguna website perlu klik pada logo tersebut untuk pengesahan (digital seal) dan tiada lagi keraguan untuk berurusan dengan anda.

Apa tunggu lagi? Untuk butiran lanjut berkenaan produk SSM BizTrust, sila layari laman webhttps://biztrust.ssm.com.my

Jika berminat boleh hubungi:

1) Pn Nitty Herawati Tarmizi
03-2299 4674

2) Pn Adlinna Nasir
03-2299 4643

3) En Mohd Radzi Ridzwan
03-2299 4762

4) Pn Norbaizura Khalid
03-2299 5503

* tertakluk kepada terma & syarat