Sunday, November 16, 2014

WAKTU TERBAIK PAM SUSU


Pasti ramai yang berhajat nak breastfeed anak hingga 2 tahun tapi tak tahu nak bagaimana nak kekalkan stok susu yang cukup. Tambah-tambah lagi bila dah nak mula bekerja. Macamana ye nak buat stok susu? Jawab nya mestilah perlu pam dan simpan. Bila patut mulakan simpan stok susu? Masa terbaik ialah seawal minggu kedua berpantang. Walaupun pada peringkat awal hanya mampu dpt 2 oz sekali perah. Teruskan usaha anda sbb bila ada demand pasti ada supply.

Bonda nak share sikit tipswaktu terbaik untuk pam susu.

Antara waktu pam susu yang terbaik adalah waktu sebelum Subuh sebab masa tu lah masa yang tenang, relax, tak rushing. Estimate time lebih kurang jam 4-6 pagi. Biasanya orang kampung panggil Subuh sepi'ie..... Bila ibu-ibu dalam keadaan tenang, susu pun mudah nak flow. Ikut pengalaman sendiri, waktu-waktu begini bonda boleh dapat dalam 5-7 oz. Waktu lain bonda nak suggest :

1) Pam semasa anak sedang menyusu
Kaedah ini dinamakan TANDERM Nursing. Bila anak menyusu sebelah kanan, kita pam sebelah kiri. Kenapa? Sebab bila anak menyusu, breast sebelah pun akan terangsang untuk hasilkan susu. So, bila kedua-dua belah pun terangsang, jangan lah kita membazir. Pamlah sebelah lagi ye....memang azab sikit kalau tak biasa. Tapi bila dah nampak hasilnya, kita akan makin bersemangat untuk guna kaedah ini. Elok diamalkan sebelum ibu-ibu nak pergi kerja.

2) Pam selepas anak selesai menyusu
Adakalanya baby menyusu setakat kenyang saja. Bila perut dah penuh, baby akan lepaskan puting. Jadi tugas ibu ialah memastikan breast kita benar-benar kosong. 
Kenapa? Breast kita ni ibarat tangki air. Bila kosong, air akan diisi semula hingga penuh. So, jika baby menyusu sebelah kanan, pastikan sebelah kiri dikosongkan sepenuhnya. Bila betul-betul kosong, baru tubuh mendapat signal untuk cepat-cepat refill susu breast kita.

3) Pam di waktu tengah malam
Waktu-waktu ni merupakan waktu kita rehat, santai, tak kecoh-kecoh nak buat itu ini. Sambil-sambil baca Al-Quran, baca buku pun boleh buat...

Nak dapatkan susu yang banyak, perlu kerap pam. WAJIB tau! Lagi KERAP, lagi bagus. Ikut pengalaman sendiri, setiap 2 atau 3 jam sekali. Bila kita pam secara kerap, kita bagi signal kepada tubuh untuk hasilkan susu. Lagi banyak kali kita pam, lagi kerapbadan mendapat signal, lagi banyak susu akan terhasil.

Bonda cadangkan bagi ibu-ibu yang ada niat untuk menyusukan anak hingga 2 tahun menggunakan Set Breatfeeding Shaklee. Hasilnya.......wow, sungguh menakjubkan!
  

                                        

SMS/ Whatsapp/ Telegram : 01137007328 (Tun Azah)

Shaklee Independent Distributor (SID) : 1166512


No comments:

Post a Comment