Secara umumnya, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami
penyakit batu karang. Namun begitu, kaum wanita juga tidak terkecuali terdedah
kepada bahaya penyakit ini. Penyakit ini bukanlah asing dalam kalangan kita
semua. Mungkin kerana penyakit ini jarang didedahkan dengan bahayanya
berbanding penyakit seperti demam denggi dan obesiti.
Apakah Penyakit Batu Karang?
Batu karang ialah sejenis penyakit yang menyukarkan pesakit
untuk membuang air kecil. Batu karang atau 'renal stone' bermaksud ada batu di
buah pinggang atau saluran kencing seseorang itu. Batu karang terbentuk
daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan
akhirnya 'membentuk' batu-batu kecil dipanggil kristal dan apabila bahan-bahan
lain terkumpul atau berkelompok, lama-kelamaan ia membesar sehingga dipanggil
batu karang .
Golongan yang Sering Mendapat Batu Karang
Kategori umur yang sering mengalami batu karang ialah di antara
20 hingga 40 tahun. Ada juga yang berdepan dengan penyakit ini pada umur lebih
muda dari 20 tahun dan lebih tua dari mereka yang berumur 40 tahun namun ia
jarang berlaku.
Bagaimana Batu Karang Boleh Berlaku?
Batu karang boleh berlaku kerana beberapa faktor. Faktor yang utama
adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Sebab tubuh kekurangan air
ialah air yang diminum kurang dan dalam masa sama, individu itu kuat berpeluh.
Selain itu, kemungkinan batu karang terbentuk ialah tabiat pemakanan individu
itu sendiri iaitu makan makanan yang mengandungi protein tinggi seperti daging
merah, makan makanan masin, minum banyak kopi dan teh. Faktor lain termasuk
penyakit ini mudah berlaku jika seseorang itu ada penyakit kencing manis dan
darah tinggi.
Simptom Batu Karang
✿ Kesakitan pada bahagian abdomen
iaitu sisi kanan dan kiri pinggang
✿ Kesakitan seperti
berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat
✿ Terasa loya, hendak muntah
dan berpeluh-peluh
✿ Sukar untuk kencing atau
langsung tidak boleh kencing
✿ Kencing berdarah
atau bercampur dengan nanah
✿ Demam dan menggigil
Nasihat dan Saranan
Minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2.5 liter sehingga
3.0 liter sehari. Selain itu, kurangkan pengambilan daging merah, makanan laut,
kategori makanan yang mempunyai asid urik yang tinggi serta kopi dan teh.
Set Shaklee yang Dicadangkan untuk Batu Karang:
Selain minum air kosong atau air masak dalam kuantiti yang
banyak dan menjaga pemakanan, kita boleh mengambil alternatif lain iaitu
menggunakan produk Shaklee. Set yang dicadangkan mengandungi supplement B
Complex, Sustained Release Vitamin C Plus, Ostematrix dan Alfalfa Complex.
Bagaimana Supplement Shaklee Bertindak:
1. B Complex: Membantu menurunkan oksalat (garam
mineral) yang membentuk batu karang
2. Vitamin C: Membantu mengasidkan air kencing dan
batu karang tidak akan terhasil dalam air kencing yang berasid
3. Ostematrix: Mengandungi magmesium yang mampu
menurunkan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang
4. Alfalfa Complex: Membantu menurunkan infeksi
(jangkitan) dan inflamasi (keradangan)
No comments:
Post a Comment