Monday, November 23, 2015

TIPS KURUS POWER

REBUT PELUANG KURUS
----------------------------------------------

As Salam dan Salam Sejahtera

Tips juga nih....

Pernah hadapi situasi di mana peluang hanya datang sekali?

Contoh terbaik boleh saya bagi di sini ialah semasa saya nak kurus.

Semasa saya dalam pantang anak ke 5 -7, saya memang nak kurus tapi tak tahu cara yang betul. End up, dengan tiada ILMU dan MENTOR.....pelbagai cara saya cuba semuanya GAGAL. Resultnya....saya kekal 70kg juga.....

Bila saya melahirkan anak ke-8, saya menyusukan anak sama macam anak-anak saya yang lain juga. Saya REBUT PELUANG untuk kurus dengan cara yang betul selepas mengetahui menyusu dapat membakar kalori 600 kcal sehari. Peluang menyusukan bayi bukan datang selalu.

So, saya juga REBUT PELUANG menyertai Program NECK untuk support group sebab sedar diri tiada ILMU.

Alhamdulillah saya berjaya turun 16kg dan telah mendapat berat badan ideal sekarang.

Jika uolls memang tak ada ILMU, selalu GAGAL, tak boleh buat diet sendirian dan perlukan support group...., sila REBUT PELUANG untuk join Program NECK.

Tarikh akhir untuk daftar 30 November 2015. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Jika anda ingin membantu orang lain, sila share dan sebarkan di FB, IG atau group anda. Ingat....bukan kita saja yang nak kurus dan sihat....sharing is caring...

Semoga anda sentiasa kurus dan sihat.

Untuk lebih tips, CLICK JOIN 👇

https://telegram.me/tipskuruspower

Untuk lebih tips, CLICK JOIN 👇

https://telegram.me/tipskuruspower

Kurus dan Sihat hanya dari RUMAH 🏡

Jom join Program NECK. Cara mudah untuk turunkan berat badan anda.

Tips Kurus Power
Tun Azah Aziz
☎️ 01137007328


TIPS KURUS KALORI

FAHAMKAN NILAI KALORI MASUK DAN KELUAR
-------------------------------------------------------------

As Salam dan Salam Sejahtera

Saya nak share lagi tips POWER untuk turunkan berat badan.

Tahukah anda, setiap benda yang kita makan akan masuk dalam badan kita dalam bentuk KALORI.

Kalori ini, akan digunakan untuk sistem tubuh badan kita berfungsi.

Kalori ini juga akan digunakan untuk kita melakukan kerja harian kita.

Jika nilai kalori yang diambil sehari MELEBIHI daripada kalori yang badan kita perlukan. Berat badan akan meningkat. Ini kerana KALORI BERLEBIHAN DITUKAR KEPADA BENTUK LEMAK.

Jika nilai kalori yang diambil SAMA seperti kalori yang badan kita perlukan, berat akan MAINTAIN.

Jika nilai kalori yang diambil KURANG daripada kalori yang badan kita perlukan, berat akan MENURUN. Ini kerana LEMAK DALAM BADAN AKAN DIBAKAR UNTUK GANTI KEKURANGAN KALORI DALAM BADAN.

So, anda dah faham konsep asas ni kan.

Nak kurus, JAGA KALORI ANDA.

Setiap benda yang kita makan ada nilai kalorinya.

1gm Karbo = 4kCal kalori
1gm Protien = 4kCal kalori
1gm Lemak = 9kCal kalori

Kalau anda tengok dari sini, sebab itulah kita tak galakkan anda makan makanan yang BERMINYAK, BERGORENG, BERSANTAN. Ia mengandungi LEMAK yang tinggi. Bila makan, Kalori AKAN MASUK TINGGI DALAM BADAN.

Nak kurus dan sihat, kena belajar faham konsep KALORI. ELAKKAN makanan yang berkalori tinggi.

Mana nak check nilai kalori setiap makanan yang kita ambil? Myfitnesspal kan ado.....gi download apps ni nohhh. Saya share gambar sikit ya...

Kalau anda tengok dan perhatikan, makanan yang berminyak, bergoreng, bersantan, bergula dan bergaram akan TINGGI NILAI KALORINYA.

So, pengajarannya di sini....

i. Pilih makanan yang sihat untuk anda makan.
ii. Kalau dalam seminggu nak terbabas sekali makan yang 'kurang' sihat tu ok. Tapi kalau hari hari. Hmmm...

Jom Makan Makanan Yang Sihat.

Jika anda suka artikel ini dan ingin membantu orang lain, saya halalkan anda share dan sebarkan tips ini di FB, IG atau group anda. Ingat....bukan kita saja yang nak kurus dan sihat....sharing is caring...

Semoga anda sentiasa kurus dan sihat.

Untuk lebih tips, CLICK JOIN 👇

https://telegram.me/tipskuruspower

Untuk lebih tips, CLICK JOIN 👇

https://telegram.me/tipskuruspower

Kurus dan Sihat hanya dari RUMAH 🏡

Jom join Program NECK. Cara mudah untuk turunkan berat badan anda.

Tips Kurus Power
Tun Azah Aziz
☎️ 01137007328

Sunday, November 22, 2015

KENAPA BERAT DIA TURUN BANYAK, BERAT SAYA TURUN SIKIT???

KENAPA BERAT DIA TURUN BANYAK, BERAT SAYA TURUN SIKIT??? 😒😒😒
-------------------------------------------------------------

As Salam dan Salam Sejahtera

Saya nak share cara yang berkesan turunkan berat badan.

Pasti ada yang cuba turunkan berat badan dengan teman-teman sepejabat....dan scenario ini biasa berlaku.

"Kami buat perkara yang sama...tapi kenapa berat saya turun sikit, berat dia turun banyak?"

Jawapannya...setiap individu itu UNIK. Komposisi badan... umur.. metabolism even jantina semua tu memain peranan. Ada yg banyak lemak..banyak air..banyak daging atau mungkin banyak angin....mungkin itu antara penyebab kita turun sedikit...

Tapi....ada cuba check inchloss? Kalau tak banyak turun kg, mesti ada inchloss. 

Selain tu, lifestyle anda pasti ada perubahan. Dulu larat naik lif..... Sekarang setakat building 7 tingkat naik tangga aje.

Ekceli, fight with yourself.. Elakkan compare result dengan orang lain. Nak compare boleh, tapi take it as CHALLENGE. Kalau dia boleh buat.. Kita pun boleh buat. Dongibab! Usaha mesti konsisten.

Turun banyak ke, turun sikit ke.....BERSYUKUR!!! Pasti ada sebabnya.

Jika anda suka artikel ini dan ingin membantu orang lain, saya halalkan anda share dan sebarkan tips ini di FB, IG atau group anda. Ingat....bukan kita saja yang nak kurus dan sihat....sharing is caring...

Semoga anda sentiasa kurus dan sihat.

Untuk lebih tips, CLICK JOIN 👇

https://telegram.me/tipskuruspower

Untuk lebih tips, CLICK JOIN 👇

https://telegram.me/tipskuruspower

Kurus dan Sihat hanya dari RUMAH 🏡

Tips Kurus Power
Tun Azah Aziz
☎️ 01137007328

Saturday, November 21, 2015

Produk-Produk Shaklee

Hidup Lebih Sihat dengan Produk Shaklee

Shaklee yakin bahawa kehidupan yang lebih sihat bermula dengan bahan-bahan yang lebih sihat, iaitu hasil khazanah alam - sumber paling mengagumkan di dunia.

Shaklee Mengekalkan Sumber Alam

Perubahan iklim mempengaruhi segala aspek: kesihatan, pekerjaan dan masa depan kita.


Shaklee telah mengambil langkah yang konsisten untuk mengurangkan kesan buruk terhadap iklim sejagat dan sentiasa aktif mencari penyelesaian bagi menangani krisis perubahan iklim melalui aktiviti perniagaan harian dan jangka panjangnya. Ini membuktikan keazaman Shaklee untuk menunaikan tanggungjawab bagi menjana masa hadapan yang lebih baik untuk kita semua.

Shaklee Corporation merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral pada tahun 2000, dikala kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar belum lagi dipraktikkan sebagai budaya korporat.

Dalam usaha berterusan untuk meminimumkan impak negatif dan memaksimumkan impak positif, Shaklee telah mengaplikasikan penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui, kredit tenaga boleh diperbaharui dan mengimbangi pelepasan gas rumah hijau dalam aktivitinya di seluruh dunia.



Pemuliharaan Sumber


Projek Mengimbangi Pelepasan Karbon


Sejuta Pokok

Shaklee juga Mementingkan Tanggungjawab Sosial

Shaklee berhasrat untuk mendekati dan mempertingkatkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik disamping menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai pentingnya keharmonian persekitaran dan kehidupan yang sihat.




Keunikan dan Falsafah Produk Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Tahukah korang? Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat dan terbukti berkesan.

Shaklee mempunyai misi untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Shaklee merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan kita semua teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee dengan rakan-rakan kita semua. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Tiga jaminan Shaklee apabila kita semua memilih produk Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.





Produk Shaklee Sentiasa Berkesan

Shaklee Menjamin Keberkesanan Produknya

Bukti Saintifik & Klinikal:

100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007

Shaklee menjamin keberkesanan agar kita semua sentiasa yakin bahawa produk Shaklee sentiasa berkesan.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suppliment (pemakanan tambahan) Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suppliment (pemakanan tambahan) langsung.

      

      


Penjelajah Bertaraf Dunia dan Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, korang juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Dengan ini, membuktikan bahawa Shaklee amat komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suppliment (pemakanan tambahan) Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, Shaklee telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan Shaklee.

Gunung Everest

Pendakian warga Amerika yang pertama tanpa bekalan oksigen.



Voyager

Penerbangan tanpa henti yang pertama mengelilingi bumi.

Will Steger

Penjelajahan luncur anjing ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic.



Daedalus

Penerbangan dengan kuasa kayuhan manusia yang pertama menyeberangi Laut Aegean.

Calypso & Alcyone

Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka.


Projek Biosphere 2

Produk pencuci rumah dan penjagaan diri Shaklee telah dipilih untuk kegunaan projek ini.


NASA

Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde – minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle.

Wednesday, November 18, 2015

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN

MINUM AIR KOSONG IKUT KEPERLUAN BADAN
-----------------------------------------------------------------------

As Salam dan Salam Sejahtera. Semoga pembaca blog Bonda Hebat sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Hari ni Bonda nak share tips POWER untuk turunkan berat badan lagi.

Nak kurus dan sihat perlu minum air kosong ikut keperluan badan masing-masing.

FORMULA SUKAT AIR


Formulanya mudah. Sehari...untuk setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter pengambilan air kosong.
Sila sukat ya. Tak sukat, dikira mengelat...

Tak perlu guna botol air canggih sangat lahaihh! Pakai je botol air mineral tu....recycle apa yg ada je. Janji uolls sukat.

Bawa kemana-mana je. Mudah kan....
Bonda dah bagi cara mudah  mengambil air kosong untuk seharian. Cer baca betul-betul flyer yang Bonda bagi tu.

Oppps! Bukan semua botol, gelas, cawan berisipadukan yang sama ya....so, please check dulu sebelum uolls sukat kay....

Amalkan secara consistent ya. Awal-awal memang la rasa macam ikan.... Bila dah mula turun berat badan, baru la rasa appreciate apa yg uolls buat. 

Cubalah....Sebelum makan, minum air kosong atau air suam segelas. Ia akan memberikan kita rasa lebih cepat kenyang berbanding mereka yang tidak amalkan air sebelum makan.
Selepas makan pun sama. Elakkan mengambil ais batu ya.....eh! Terbagi tips lagi.....hi hi hi...

Bonda halalkan anda share dan sebarkan tips ini di FB, IG atau group anda. Ingat....bukan kita saja yang nak kurus dan sihat....
Semoga anda sentiasa kurus dan sihat.

Untuk lebih tips, CLICK JOIN  telegram.me/tipskurusmentortunazah
Untuk lebih tips, CLICK JOIN  telegram.me/tipskurusmentortunazah

" NECK - Cara diet yang sebenar "

Bonda Hebat a.k.a Tun Azah Aziz
01137007328

Sunday, October 18, 2015

Siapa Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kali ini saya nak berkongsi dengan korang siapa Shaklee.


Shaklee percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah Shaklee ni bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Shaklee melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk-produknya Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kata Shaklee:
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Turut dikumpulkan antara video yang menerapkan kisah Shaklee dan kata-kata Dr. Forrest C. Shaklee sendiri. Sila klik di sini untuk menonton.

Paling menarik, Shaklee juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produknya.

Sehingga hari ini, Shaklee telah membayar komisyen bernilai lebih USD $6.7 billion kepada para pengedar Shaklee (atau lebih dikenali sebagai SID, Shaklee Independent Distributor), dan bahagian yang lagi menarik ialah Shaklee menjemput korang juga untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee korang sendiri.
Jika korang berminat nak jadi ahli pengedar Shaklee yang sah, korang boleh hubungi saya.



Sunday, August 30, 2015

LATIHAN ANGKAT BEBAN - WANITA SADO


Assalamualaikum. Bonda doakan pembaca blog Bonda Hebat sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah. Aamiin.

Hari ni Bonda nak citer sikit pasal latihan ANGKAT BEBAN. Alaa....yang selalu Abang Sado buat tu....

Direct training dengan coach. Fuhh! Mintak nyawa....

PHOBIA GYM - WANITA SADO

Dulu Bonda memang phobia dgn gym. Nak nak lagi gym yang ada banyak equipment. Memang pada fikiran Bonda gym ni untuk lelaki sado aje. Tengok peralatan gym pun dah boleh buat Bonda gerun dan segan nak guna.

Ada juga Bonda cuba-cuba guna gym di tempat kerja. Tak ada ilmu....jadi main bedal je lah....ambil kesempatan guna equipment bila staff lelaki tak ada. Kalau salah guna pun tak la kantoi....ha ha ha

LATIHAN ANGKAT BEBAN UNTUK LANGSING


Sangkaan Bonda meleset sama sekali bila join Program Now Everyone Can Kurus NECK. Bonda ingatkan bila buat workout mengangkat beban, badan akan jadi sasa dan berketul-ketul. Rupa-rupanya..... workout mengangkat beban akan membantu mempercepatkan proses untuk langsing. Ilmu baru nih...

Workout angkat beban sangat bagus bagi uolls yang nak perbaiki keadaan fizikal. Bagi ladies....workout angkat beban tidak akan membuatkan otot uolls berketul seperti lelaki.

AKTIFKAN OTOT-OTOT BAKAR KALORI

Komposisi wanita dan lelaki tidak sama. Sebahagian besar wanita tidak memiliki testosterone atau genetik yang diperlukan untuk menjadikan otot besar. So, jaringan otot perlu lebih banyak kalori untuk berfungsi berbanding lemak. Dengan mengAKTIFkan otot-otot, PEMBAKARAN KALORI telah MENINGKAT walaupun ketika berehat.

HASIL LATIHAN ANGKAT BERAT

Lepas Bonda jumpa dan training direct dengan Coach, Bonda dah tak phobia dengan gym lagi. Cer tengok gambar tu. Tu tengah mintak nyawa....bukan senyum tau....

Sekarang, Alhamdulillah. Banyak peralatan gym telah Bonda tahu fungsi dan cara penggunaannya.

Workout angkat beban memang membantu bonda menurunkan berat badan secara cepat. Bonda dah kurus dan sihat dengan Program NECK. Anda bagaimana?

Bonda boleh SHARE tips dan cara-caranya.

Bonda Hebat aka Tun Azah Aziz
01137007328
#noweveryonecankurus
#kurusdarirumah


Saturday, August 22, 2015

PENDAFTARAN PESERTA NOW EVERYONE CAN KURUS


Assalamualaikum kepada pembaca blog Bonda Hebat. Semoga semua pembaca blog Bonda Hebat istiqomah menjaga kesihatan dan memohon kepada Allah agar memberikan yang terbaik.

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru aje lepas menyambut tahun baru 2015. Sekarang dah nak masuk bulan 9. How time flies.... Siapa yang sedar dan ambil peluang untuk buat sesuatu yang bermanfaat, sesungguhnya dialah orang yang beruntung. Siapa yang masih tak ada apa tindakan...membiarkan masa yang berlalu itu adalah lumrah alam, sesungguhnya manusia itu di dalam keRUGIan.

PENDAFTARAN PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS

Diam tak diam, Program Now Everyone Can Kurus (NECK) dah nak mula mendaftarkan peserta untuk Batch#8. Alhamdulillah dengan izin Allah, dah beratus orang BERJAYA dibantu untuk menurunkan berat badan mereka dalam tempoh 100 hari. 

Ramai berjaya dapat berat ideal. Bagi peserta yang belum mendapat berat impian mereka, mereka masih meneruskan perjuangan. NO PAIN NO GAIN

Raaamai yang dah bertanya Bonda tentang pendaftaran Program NECK. Baca poster ni yea....


Pendaftaran Batch#8 dibuka SEKARANG
Tarikh mula program : 5 September 2015
Tarikh akhir program : 14 Disember 2015
Tarikh akhir daftar : 31 Ogos 2015

TEMPAT ADALAH TERHAD

TESTIMONI PESERTA NECK

Apalah hasilnya bila dah join Program NECK ni ya....

Peserta ini dapat mencapai target penurunan dalam tempoh 71 hari 

Keputusan peserta Batch#2 dan Batch#3 Selepas 100 hari bersama NECK

Banyak lagi testimoni SUPER DUPER HEBAT Program Now Everyone Can Kurus boleh uolls dapat di Blog Now Everyone Can Kurus.

Testimoni-testimoni yang memang boleh buat uolls sentap....serious tak tipu.

PEMAKANAN PESERTA NECK

Bila dengar program kurus, ramai yang berpendapat perlu kurangkan makan. Tak boleh makan nasi. Makan hanya 2-3 kali sehari. Owh tidak....sama sekali jauh panggang dari api....beza Menara Dayabumi dan KLCC.

Peserta NECK wajib makan 5 kali sehari. Semua peserta wajib makan NASI setiap hari.

Inilah masa pemakanan peserta Program NECK :

1. 7.00 am Breakfast
2. 10.00 am Snacking 
3. 12.00 pm Lunch
4. 4.00 pm Snacking 
5. 7.00 pm Dinner

BREAKFAST ideas....


LUNCH ideas.....


SNACKING ideas....


DINNER ideas........


Amacam? Beza betul dengan program diet lain kan? Selalunya diet kena catu makan. Tapi peserta NECK, makan banyak kali pun boleh kurus.....memang pelik bin ajaib!

WORKOUT Program NECK

Dalam Program NECK, peserta diajar untuk pelbagaikan workout.

Coach akan beri workout yang hanya perlu buat di RUMAH sahaja. Ikut masa masing-masing.

Tak perlu pergi mana-mana. Jimat masa, duit dan tenaga....

Lepas dah workout, haaaa....ekspresi lah diri mu....peluh mencerau ka tak mencerau....

Yang pasti, peserta memang enjoy dengan task workout yang Coach bagi. Siap satu keluarga pun ikut sekali buat workout.



Last day nak daftar 31 Ogos 2015. Hari Merdeka tu. Berapa hari saja lagi. 

Bagi yang berminat, Bonda cadangkan cepat-cepat buat pendaftaran. Hubungi Bonda melalui WhatsApp 01137007328 atau melalui Facebook Bonda - Tun Azah Aziz.

Dah masanya untuk transform diri. Mesti excited "macamana rupa aku bila kurus ehh....?"

"Jom kurus untuk sihat dan tambah ibadat."

Bonda Hebat aka Tun Azah Aziz
01137007328
Agen dan Krew Program Now Everyone Can Kurus