Assalammualaikum pembaca blog Bonda Hebat. Bonda Hebat mendokan anda semua sentiasa ceria, positif dan bermotivasi.

Kali ini BH
nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk MENURUNKAN BERAT BADAN lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin
ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap OBESITI.

Berdasarkan
statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29%
penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di
Malaysia. Kesian kan.....
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan
untuk menurunkan berat badan cara cepat dan sihat.
1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan
membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan
makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan
makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang
mengandungi jumlah gula dan garam yang tinggi seperti air
bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3. Jika anda terasa lapar,
makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa
lapar.
4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan
sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk
tidur.
5. Jika anda terbangun dari
tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji
buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk
menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan
sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana
sehari.
7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang
sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi
untuk mengawal nafsu makan anda.
8. Jika anda masih gagal
mengawal nafsu makan, anda boleh ganti dengan mengamalkan
'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara
sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9. Anda boleh menggunakan supplemen untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi
ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan dengan cara
pemakanan yang betul dan sihat.
10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya
400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di
padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lebihkan
aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju
dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan
pada waktu petang selepas balik kerja. Lebihkan sebanyak 20 kali setiap
set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu
untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh
menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang
cantik berketul-ketul.

Baru-baru ni ada satu berita baik untuk sesiapa yang nak turunkan berat
badan. Program ini ala-ala program Kevin Zahri. Tapi ni ada pertandingan tau.
Program Now Every One Can Kurus (NECK) dibuka sekarang. Hubungi Bonda Hebat aka Tun Azah 01137007328

No comments:
Post a Comment